KESAN DIABETES: PENYAKIT KARDIOVASKULAR

Glukos berupaya menyerang dan bergabung dengan kollagen arteri jantng dan akan berakhir dengan pembentukkan atherosclerosisi.

Atherosclerosis juga dipercayai berlaku bila paras glukos yang tinggi menyebabkan seseorang mengalami kekurangan vitamin c. vitamin c digunakan untuk membina dan menyenlenggara kolagen yang menjadi pelekat sel arteri. Jika paras vitamin c berkurang, kolegen yang melekat pada arteri akan mudah rosak dan sukar dipulihkan.

Paras glukos darah yang tinggi menakibatkan tekanan darah naik dan jantung terpaksa mengepam dengan kadar kelajuan yang tinggi. Jadi, proses pengepaman yang melibatkan mekanisma kembang kecut serta ketidak keseimbangan menyebabkan arteri jantung akan rosak. Peningkatan paras fibrinogen menyebabkan darah menjadi pekat dan cepat beku.

Paras gula dalam darah yang tinggi dan tekanan darah tinggibukan sahaja menyebabkan sel endhothelium arteri kecut, malah ia juga menganggu fungsi sel otot jantung yang sentiasa memerlukan tenaga yang banyak untuk bekerja. Paras gula dalam darah yang tinggi secara berterusan mengakibatkan kurangnya magnesium dalam sel. Ini menjadi faktor jantung mangalami kekurangan tenaga dan kekejangan.

jantung1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *