Fakta @ Auta Tentang Diabetes

Does-Sugar-Cause-T2D-1440x810

1) DIABETES BERPUNCA DARIPADA MAKAN MAKANAN YANG BERGULA

Diabetes ada kalanya berpunca daripada pemakanan yang mengandungi gula yang tinggi tetapi tidak semuanya begitu. Risiko paling tinggi untuk seseorang mendapat penyakit ini sekiranya keluarga mereka mempunyai pesakit diabetes. Ia dikenali sebagai penyakit genetik.

2) PESAKIT DIABETES MUDAH DIJANGKITI KUMAN

Sekiranya pesakit diabetes tidak menjaga kebersihan dengan baik, ia mudah dijangkiti kuman berbanding dengan orang yang sihat. Risiko kematian juga tinggi berbanding orang yang sihat. Kebersihan amat penting bagi pesakit ini terutamanya mereka perlu menjaga bahagian gigi,kaki dan luka-luka yang ada. Ia perlu dibersih dengan teliti supaya tidak dijangkiti bakteria.

3) INSULIN UNTK PESAKIT DIABETIS JENIS 2

Insulin diberi kepada pesakit apabila insulin dalam badan yang dihasilkan oleh panceas pesakit tidak lagi menampung tahap bacaan gula dalam darah pesakit yang tinggi. Insulin tambahan ini akan membantu untuk mengawal gula dalam darah yang tinggi itu untuk menegelak daripada berlaku masalah kesihatan yang lain seperti kegagalan buah pinggan,strok atau masalah retinopatik diabetic.

4) DIABETES BUKAN MASALAH KRONIK

Ramai juga masyarakat mengambil mudah mengenai penyakit ini kerana mereka menganggap ini adalah masalah biasa sahaja. Mereka tidak tahu penyakit ini boleh membawa maut, kegagalan buah pinggan, serangan jantung,buta dan juga hilang upaya.

5) HANYA DIKENALI PENYAKIT ORANG TUA

Diabetes ini dianggap penyakit untuk orang yang berumur sahaja. Tetapi, kita perlu ingat kanak-kanak pun juga ada menghidap penyakit ini. Kenapa ini boleh terjadi? Sebab kandungan gula dalam darah mereka terlalu tinggi. Selalunya kanak-kanak obesity yang akan menghidap penyakit ini kerana mereka kurang melakukan aktiviti lasak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *