Menangani Diabetes Melalui Gaya Hidup Seharian

Kita mesti sentiasa peka dengan tahap gula dalam badan. Tahap gula dalam badan dipengaruhi oleh gaya hidup seharian. Kita hendaklah memastikan tahap gula dalam tubuh normal.

Namun, pengawalan tahap gula dalam badan boleh menjadi agak mencabar. Ini kerana tanpa kita sedari ada pelbagai faktor yang boleh mempengaruhinya. Faktor-faktor ini menyebabkan perubahan paras gula dalam tubuh kita secara tiba-tiba.

4 Petua Hidup Sihat

  1. Makanan

Makan makanan yang sihat- sama ada anda menghidapi diabetes ataupun tidak. Anda perlu sentiasa peka dengan apa yang anda makan. Makanan yang kaya dengan karbohidrat menyumbang kepada peningkatan gula dalam badan.firstdaydiet

  1. Pastikan saiz hidangan makanan seimbang

Pastikan setiap hidangan seimbang. Ianya lebih elok jika hidangan tersebut mengandungi buah-buahan, sayuran dan protein. Pastikan jumlah karbohidrat yang anda ambil tidak melebihi yang sepatutnya.

importance-of-a-balanced-diet_2

  1. Elakkan Minuman Manis

Minuman manis seperti soda dan sirap mengandungi paras gula yang tinggi. Minum-minuman ini mengandungi nilai kalori yang tinggi dan selalunya kurang bernutrisi. Jika anda seorang penghidap diabetes, seeloknya elakkan daripada mengambil minuman-minuman ini.

  1. Bersenam

Senaman mempengaruhi gaya hidup seseorang dari segi fizikal dan mental. Senaman juga merupakan salah satu kaedah yang efektif dalam menangani diabetes. Bila kita bersenam, otot-otot dalam badan menggunakan gula sebagai tenaga utama.

gaya-hidup-sehat-kolomsehat.com_

 

Setakat ini sahaja perkongsian untuk kali ini. Kongsikan untuk manfaat kita semua.Badan sihat, otak cerdas.

Nasihat Diabetes Percuma
Jadi yang terawal melanggan!
Kami Hargai Privasi Anda.

Follow kami dan like: